
|
ATTENTION!
PESANAN CIKGU SYAHIDA
Bagi salam dulu. Assalamualaikum cikgu! Opps.. Senyum jangan lupe taw! Duduk elok2.. Cikgu tanak tengok sesape duk terbongkang, duk tertonggeng, mencangkung ke.. pendek kata.. bersopan santun wahai murid-murid sekalian. ![]() Masuk blog cikgu, kene lah pandai jaga. Jaga ape? Jaga diri, jaga mata, jaga hidung
(jangan pulak sampai hilang nafas dalam blog cikgu nih! hihi) jaga mulut (tak payah nak sebok kutuk2 cikgu, cukuplah bagi komen membina je) , jaga jari jemari tuh.. TAK BOLEH nak copy ayat2 cikgu sama ada secara lisan atau bertulis. HAK CIPTA TERPELIHARA Paham tak murid2? ![]() Peraturan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
**Layan korang macam anak murid sendiri.. Heheh.. Jangan marah na.. Scha tengah practice nak jd cikgu nih.. Doakan ye!!**
MeMo Cinta
#note: Kalau agak-agak tulisan blog Scha ni kecik, korang boleh lah ZOOM.. Maaf, Scha tak terer lagi bab coding blogskin.. (^_^)
Benci?
Dear haters, I really appreciate you to blogwalking here but IF you REALLY HATE sampai nak TERvomit..
Takot pulak TERvomit kat sini.. Kelam kabut nak cari butang exit, cepat-cepat klik Sini
Thank You so much for your cooperation.
Dear! Tengok sini!
STATUS HARI INI
04/09/2014 (Khamis)
| Harga. Cikgu Syahida post entri ini pada Tuesday, 7 January 2014 0 comments Budak-budak nakal minta cubit
2014.
Tahun baru masihi.
Entri pertama untuk tahun 2014.
Astaghfirullahalazim.
Hati kurang tenteram sejak semalam.
Apabila akal memikirkan suatu isu yang membebankan hati.
Harga.
Harga barang naik?
Harga minyak naik?
Harga tol naik?
Bukan itu yang menjadi persoalan.
Harga selalu dikaitkan dengan kuantiti.
Wang.
Duit.
Money.
Jom fikir sejenak..
Berapakah harga dunia?
Berapakah harga sesebuah kelompok masyarakat di dalam sebuah negara?
Berapakah harga sebuah negara?
Berapakah harga sebuah institusi kekeluargaan?
Berapakah harga sebuah persahabatan?
Berapakah harga seorang manusia?
Berapakah harga seorang lelaki?
Berapakah harga seorang perempuan?
Berapakah harga diri yang kita miliki?
Selalu dengar orang kata;
"Tiada yang percuma di dunia nih"
"No money, no talk"
"Rich man can buy a world"
Dalam entri ini bukan ingin membicarakan soal harga barang.
Bukan ingin menetapkan harga dunia.
Bukan juga ingin memberikan tips mendapatkan banyak wang dalam masa yang singkat.
Tetapi, hati kecil ini selalu bertanya tentang..
harga diri.
Berapa harga diri kamu jika ditukarkan dengan wang?
BUKAN semua yang ada di dunia ini boleh dibeli dengan wang.
Jika kita mahu membeli sebuah kebahagiaan justeru, berapakah harga kebahagiaan itu?
Kebahagiaan boleh dibeli.
Tetapi bukan dengan wang.
Ia memerlukan nilai sebuah pengorbanan, kejujuran, kesabaran dan keikhlasan sebagai bayaran.
Jangan murahkan harga dirimu.
Jangan menjadikan wang sebagai cagaran.
Kerana dirimu begitu berharga.
Bukan wang dunia yang boleh membelimu.
Andai engkau terjatuh ke lembah yang hina,
Bangkitlah.
ALLAH SWT bersamamu di setiap langkah menuju kebaikan.
Peliharalah harga dirimu yang tidak ternilai.
Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui harga dirimu.
Tinggikan nilai harga dirimu di sisi- NYA.
Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa.
Namun, jangan disebabkan oleh fakta itu menyebabkan kita terus melakukan dosa.
Letakkan satu titik sebagai penutup bagi perbuatan dosa itu dan bertaubat.
ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Mulakan langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Itu keputusan yang terbaik berbanding terus menerus melakukan dosa yang sama.
Kamu orang yang baik.
Asalnya.
Semasa dilahirkan seperti kain putih.
Tiada dosa.
Andai titik-titik hitam menodai,
Sucikan dengan taubat nasuha.
Berubah menjadi lebih baik.
Doa memohon ALLAH SWT memperbaiki diri kita setiap masa;
Perkahwinan.
Satu cara untuk menjaga kehormatan diri. Nampaknya entri Scha banyak berkait dengan perkahwinan dan jodoh. -_-" Heheh. Selalunya.. Bukan selalu. Frasa 'memang keinginan' lebih tepat untuk menjelaskan bahawa setiap manusia MAHU pasangan yang baik-baik dan menepati ciri-ciri yang diidamkan. Termasuk diri ini. Konsep 'baik' nih bagi Scha memang luas. Tak semestinya orang baik nih tak pernah melakukan kesilapan atau dosa. Sepertimana yang Scha katakan tadi, Tiada manusia terlepas daripada melakukan kesalahan. Tak apa jika berbuat kesalahan. Tetapi jangan ulangi dan bertaubat. Berusaha dan berazam untuk menjadi lebih baik. Masih tak faham dengan sesetengah spesis manusia. HIPOKRIT. Tidak perlu buat speHIPO kalau betul-betul IKHLAS dalam melaksanakan tugas sebagai hamba ALLAH. Sia-sia saja amalan jika dibuat tanpa keikhlasan di hati. Naudzubillahminzalik. Bila ada orang datang mengetuk pintu rumah. Nak buka atau nak biar orang ketuk sampai pecah pintu atau nak pegi buka? Sudah tentu lah kena pegi buka kan? Tapi, bagaimana jika ada orang mengetuk pintu hati? Bukan setakat pintu hati, pintu hati mak kita pun turut diketuk. Ini soal harga diri. Ini soal harga diri si pengetuk pintu. Ini soal harga diri di antara kedua-dua buah keluarga.
Masih berfikir.
Lama.
Solat Istikharah bakal dilakukan.
Bukan setakat untuk mendapatkan "clue" tapi untuk mendapatkan ilham semasa proses menetapkan jawapan yang bakal dipilih.
Biasalah kalau isu "Orang yang kita nak, tak nak kat kita. Orang yang kita tak nak, nak kat kita" dibangkitkan.
Orang yang tak nak kat kita biaq p la.
Tak perlu kisah sangat.
Tak ada jodoh lah maksudnya kan.
Sama juga dengan kisah orang yang TAMAK haloba.
Belum memegang status "berkahwin" dah demand kita jadi isteri kedua depa.
Nih antara orang-orang yang perlu direject.
Mereka tak kisah tentang HARGA DIRI orang lain.
Nak kahwin dua tiga empat tuh hak kaum lelaki.
Biaq p la diorang nak kahwin lebih dari satu.
Yang penting MAMPU berlaku adil.
Poligami.
Kalau ditakdirkan Scha akan berhadapan dengan suami yang mahu berpoligami, secara jujurnya, Scha TIDAK MAMPU.
Tidak mampu bukan bererti menolak hukum ALLAH yang ini.
Bila ALLAH mahu beri kebaikan kepada seseorang hamba, DIA akan datangkan ujian.
Isteri-isteri yang perlu menghadapi situasi suami berpoligami, merupakan wanita-wanita yang hebat. Wanita-wanita yang sabar. Wanita-wanita yang kuat.
ALLAH menguji seseorang berdasarkan kemampuannya.
Jika Scha terpilih untuk berhadapan dengan ujian poligami, ALLAH Maha Mengetahui. Kemungkinan sebab ujian itu ALLAH turunkan adalah kerana kemampuan itu ada.
In Shaa Allah.
Macam-macam karenah manusia zaman sekarang.
Semuanya kadang-kadang tak masuk dek akal.
Memandangkan usia malam semakin lanjut,
eloklah mintak diri dulu.
Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini.
Kesimpulannya, berusaha sehabis baik untuk menjaga diri, mengaja kehormatan diri. Berusaha, berusaha dan berusaha.
Walaupun kini masih belum mampu istiqamah, berusaha dan berdoa.
ALLAH SWT akan bantu.
In Shaa Allah.
#note: Scha minta maaf dengan orang-orang yang telah Scha sakiti. MINTA MAAF banyak-banyak. Walaupun dengan maaf itu tidak dapat menghilangkan luka di hati.. Tapi itu sebagai salah satu langkah untuk Scha menjernihkan hubungan yang telah terjejas disebabkan kekhilafan diri masing-masing.
-- SALAM CINTA UNTUK ANDA --
.:: Cukuplah Allah SWT untukku ::.
Ditulis oleh;
--Ikhlaskan hati memberi komen
Klik di sini
0 Comment(s) |