
|
ATTENTION!
PESANAN CIKGU SYAHIDA
Bagi salam dulu. Assalamualaikum cikgu! Opps.. Senyum jangan lupe taw! Duduk elok2.. Cikgu tanak tengok sesape duk terbongkang, duk tertonggeng, mencangkung ke.. pendek kata.. bersopan santun wahai murid-murid sekalian. ![]() Masuk blog cikgu, kene lah pandai jaga. Jaga ape? Jaga diri, jaga mata, jaga hidung
(jangan pulak sampai hilang nafas dalam blog cikgu nih! hihi) jaga mulut (tak payah nak sebok kutuk2 cikgu, cukuplah bagi komen membina je) , jaga jari jemari tuh.. TAK BOLEH nak copy ayat2 cikgu sama ada secara lisan atau bertulis. HAK CIPTA TERPELIHARA Paham tak murid2? ![]() Peraturan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
**Layan korang macam anak murid sendiri.. Heheh.. Jangan marah na.. Scha tengah practice nak jd cikgu nih.. Doakan ye!!**
MeMo Cinta
#note: Kalau agak-agak tulisan blog Scha ni kecik, korang boleh lah ZOOM.. Maaf, Scha tak terer lagi bab coding blogskin.. (^_^)
Benci?
Dear haters, I really appreciate you to blogwalking here but IF you REALLY HATE sampai nak TERvomit..
Takot pulak TERvomit kat sini.. Kelam kabut nak cari butang exit, cepat-cepat klik Sini
Thank You so much for your cooperation.
Dear! Tengok sini!
STATUS HARI INI
04/09/2014 (Khamis)
| Censored list Part 1. Cikgu Syahida post entri ini pada Thursday, 26 December 2013 0 comments Budak-budak nakal minta cubit
Comel kan pic nih?
Saja nak tunjuk..
Tak sabar nak habis belajar.
Jadi..
Tak sabar nak balik kedah.
Ehh? Ari tuh cakap tanak balik..
Hahah.
Kalau tak start, bila nak habis?
Sem 3 dan 4 dah berlalu kan?
Rasa lama kah?
Macam..
Satu minit saja kan?
27,28,29,30
4 hari saja lagi di Sabah.
Pastuh, start sem 5.
Sekejap saja tu.
Macam satu minit saja.
Maaflah.
Entri macam entah apa-apa saja yang Scha taip.
Almaklumlah. Sekali lagi ke medan peperangan.
Tahun 2014 akan menjadi sangat mencabar, indah dan menarik.
Sebab tahun tuh ada dua kali praktikum.
Bakal menghabiskan 1 bulan (sem 5) dan 2 bulan (sem 6) di sekolah.
Bersama dengan anak-anak murid.
Hee.
Sapa la bakal jadi anak-anak murid Scha nih.. :D
Bila kurang pengalaman tentang hidup.
Di situlah baru terhegeh-hegeh nak belajar.
Kena amik banyak-banyak pengalaman orang lain..
Kena banyak-banyak baca buku.
Tapi, fikiran akan terlalu bergantung dengan teori bila kurang pengalaman.
Begitulah yang selalu Scha rasa bila jumpa perkara baharu.
Rasa macam tak sabar pula nak praktikum fasa 1 sem depan.
(^_^)
Jalani kehidupan dengan tenang dan gembira.
Macam mak kata "Dua tahun lagi. Sekejap saja tuh. Buat apa diisi dengan kenangan-kenangan pahit?"
Banyakkan silaturrahim dengan kawan-kawan.
Keep doing good deeds :D
List kedua: Hidup dengan aman, bahagia, tenang dan follow Islam's way.
Lupakan sengketa lama.
Jangan terlalu ikut nafsu berfikir yang bukan-bukan.
Jangan bersangka buruk.
Husnudzon.
Bersangka baik.
Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri.
Yang baik terjadi ke atas diri kita. Itu pun baik.
Yang buruk terjadi ke atas diri kita. Itu pun baik.
Bila terjadi perkara yang tidak diingini, pada masa itu mungkin kita
akan berfikir "kenapa?".
Mungkin pada masa tu kita berharap ia tidak pernah terjadi.
Tapi, mungkin kejadian buruk itu memberi kita kebaikan pada masa akan datang.
Dan mungkin kebaikan yang kita harapkan berterusan itu menjadi punca kepada keburukan yang berlaku pada masa akan datang.
Tidak semua yang baik pada pandangan kita itu baik untuk kita, dan tidak semua yang buruk itu buruk untuk kita.
Saat pertama kali menjejakkan kaki ke IPDA.
Selalu teringat.
Walaupun bergelumang dengan banyak kenangan pahit tapi..
Itu semua yang mendewasakan diri ini.
Sehingga terasa seperti tidak pernah melalui situasi yang pahit itu.
Terasa manis. Jujur.
PPISMP sem 1, masih terasa mentah sangat. Orang selalu panggil Budak kecik!
PPISMP sem 2, saat ini lah terasa madu dan racun tergaul sekali.. Terasa payahnya nak asingkan mana madu dan mana racun. Yang madu disangka racun dan racun disangka madu.
PPISMP sem 3, keadaan semakin parah. Terasa semakin jauh ditinggalkan. Terasa kosong. Selalu tercari-cari. Selalu menangis. Terasa kurang kasih sayang. Kasih sayang Allah SWT. Padahal kasih sayang Allah SWT melimpah ruah masih juga tidak terasa. (T_T)
PISMP sem 1, jiwa masih tidak terisi. Sunyi. Kosong. Masih menangis. Masih gundah-gulana. Masih mencari-cari DIA. Padahal DIA di hati ini saja. Sangat dekat.
PISMP sem 2, perlahan-lahan. Merangkak keluar dari kegelapan. Allah SWT bantu. Alhamdulillah. Walaupun masih menangis. Masih terasa kehilangan DIA.
PISMP sem 3, Alhamdulillah. Urusan dipermudah. Walaupun masih terumbang ambing. Masalah sentiasa ada. Menguji. Masih belajar dan masih mencari identiti diri.
PISMP sem 4, dugaan semakin mencabar. Hati telah terisi. Cinta-NYA. Perlahan-lahan. Slowly bak kata omputeh. Semoga Allah permudahkan lagi jalan menemui-NYA.
Sedar.
Memang diri ini sangat menyedari.
Bahawa, terlalu banyak dosa.
Tidak terkira.
Kadang-kadang pernah tidak tahu beza dosa kecil dan dosa besar.
Astaghfirullahalazim.
Naudzubillahminzalik.
Minta Allah SWT jauhkan dari kesalahan lepas terulang kembali.
Dosa-dosa lalu sering menghantui diri.
Bertaubat. Bertaubat. Bertaubat.
Tidak mahu bertangguh.
Allah SWT berikan kita akal untuk berfikir.
Berfikir akan tanda-tanda kewujudan-NYA dan kebesaran-NYA.
Tapi, manusia juga cenderung ke arah kejahatan.
Akal digunakan untuk berfikir perkara-perkara yang negatif.
Naudzubillahminzalik.
Semoga Allah SWT membersihkan hati kita dan diberi cahaya. In shaa Allah. Amiiin.
Kalau fikir pasal jodoh?
Hamboii.. Takdak soalan laen ke nak tanya? Heheh..
Boleh je nak fikir.
Tapi, kena ingat mati dulu ye.
Kematian itu PASTI.
Kalau Scha, soal jodoh kena strike dulu. Macam nih -->
Nihkan "censored list". Jodoh adalah antara list yang kena cut.
Even ada orang nak bagi hantaran 20k pun.. Soal jodoh ketepikan dahulu.
Diri sendiri terasa belum sesuai belum cukup baik belum cukup indah belum cukup cantik belum cukup solehah untuk jadi isteri kepada Mr Soleh Bin Mr Alim (bukan nama sebenar).
Haha. Mr Soleh bin Mr Alim tu wujud ke?
Tuh gelaran untuk jodoh kepada diri ini yang BELUM TAHU siapa jodoh yang Allah tetapkan.
Tak tahu nak taip apa lagi. Heheh.
Censored list part 2 akan menyusul.
Scha nak pegi copy movies2 dan korean drama dari laptop adek dulu..
Yippie :D
Kumpul banyak-banyak supaya sem 5 nanti tak boring sangat.
#note: Scha minta maaf dengan orang-orang yang telah Scha sakiti. MINTA MAAF banyak-banyak. Walaupun dengan maaf itu tidak dapat menghilangkan luka di hati.. Tapi itu sebagai salah satu langkah untuk Scha menjernihkan hubungan yang telah terjejas disebabkan kekhilafan diri masing-masing.
-- SALAM CINTA UNTUK ANDA --
.:: Cukuplah Allah SWT untukku ::.
Ditulis oleh;
--Ikhlaskan hati memberi komen
Klik di sini
0 Comment(s) |