
|
ATTENTION!
PESANAN CIKGU SYAHIDA
Bagi salam dulu. Assalamualaikum cikgu! Opps.. Senyum jangan lupe taw! Duduk elok2.. Cikgu tanak tengok sesape duk terbongkang, duk tertonggeng, mencangkung ke.. pendek kata.. bersopan santun wahai murid-murid sekalian. ![]() Masuk blog cikgu, kene lah pandai jaga. Jaga ape? Jaga diri, jaga mata, jaga hidung
(jangan pulak sampai hilang nafas dalam blog cikgu nih! hihi) jaga mulut (tak payah nak sebok kutuk2 cikgu, cukuplah bagi komen membina je) , jaga jari jemari tuh.. TAK BOLEH nak copy ayat2 cikgu sama ada secara lisan atau bertulis. HAK CIPTA TERPELIHARA Paham tak murid2? ![]() Peraturan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
**Layan korang macam anak murid sendiri.. Heheh.. Jangan marah na.. Scha tengah practice nak jd cikgu nih.. Doakan ye!!**
MeMo Cinta
#note: Kalau agak-agak tulisan blog Scha ni kecik, korang boleh lah ZOOM.. Maaf, Scha tak terer lagi bab coding blogskin.. (^_^)
Benci?
Dear haters, I really appreciate you to blogwalking here but IF you REALLY HATE sampai nak TERvomit..
Takot pulak TERvomit kat sini.. Kelam kabut nak cari butang exit, cepat-cepat klik Sini
Thank You so much for your cooperation.
Dear! Tengok sini!
STATUS HARI INI
04/09/2014 (Khamis)
| Kahwin VS Tak Kahwin Cikgu Syahida post entri ini pada Sunday, 22 December 2013 2 comments Budak-budak nakal minta cubit
dan penggunaan bahasa asing..
Apa kabar sayang-sayang semua?
Harap semuanya sihat-sihat saja..
Kemarin terlalu banyak undangan majlis perkahwinan menyebabkan Scha tak larat nak taip entri semalam. Betul-betul letih. Antara rakan-rakan yang kahwin tu ialah adik junior semasa sekolah menengah dulu. Kahwin awal yew! Baru 19 tahun.
Jadik, bila dah pegi ke majlis junior tuh, Cikgu Ha***** (Mak kepada si junior yang berkahwin tu) pun bertanya
"Kau, bila lagi?"
Ni antara soalan Cepu Berlian Emas Perak Tembaga dan yang sewaktu dengannya yang paling Scha tak suka. Hehek. Even, Scha tak kisah pom..
Cuma, Scha tak tau nak jawab macam mana..
Yelah.. umo dah angka double 2.. Jodoh tuh urusan Allah..
Kita usaha jak.. Kalau masih takdak tuh.. teruskan lah usaha..
Scha usaha la nih!
Usaha menunggu dan memperbaiki diri.
Ehh? Menunggu pun dikira sebagai usaha ka?
Scha dah berubah? Betul ke?
Nih adik Scha yang mention..
Yelah kan.. Scha rasa tak best p tengok majlis kawen orang tanpa si adik yang bambam di sebelah scha..
Apa yang berubah tu?
Adik scha cakap.. selalunya scha tanak pegi majlis kawen orang.. yeke? Sejak bila pulak? Sedap je molot si
Maybe, dolu-dolu tuh tym Scha masih kecik-kecik belum ramai lagi yang nak kawen sebab tu undangan kawen pom tak banyak kan.. kan.. kan..
Sekarang nih.. anak-anak makcik pakcik encik puan cikgu teacher sume dah besaq dan LAYAK berkahwin.. sebab tuh lah ramai undangan kawen kan.. kan.. kan.. Lagi, scha suka p majlis orang kawen yang tak ramai yang kenal scha.. Sebab? Nak kenal orang baru laa.. :p (Jawapan tak boleh nak blah.. Hehek)
Heheh.. Tak dak la.. mana2 pom best.. Lagi best kalau jumpa kawang-kawang saing-saing yang dah lama tak jumpa.. (T_T).. Rindu owhh diorang..
Kembali ke pangkalan cerita..
"Kahwin VS Tak Kahwin"
Ini antara 'dalih' yang diberi bila ditanya soalan killer "Kaw bila lagi kawin?"
Ada dua jenis nafsu yang memberi pengaruh besar di dalam kehidupan seseorang manusia. Dua jenis nafsu tersebut ialah nafsu perut dan nafsu syahwat.
Nafsu perut nih boleh buat seseorang tuh melakukan perbuatan-perbuatan seperti mencuri, menipu, bergaduh dan sebagainya.
Manakala, nafsu syahwat membuatkan manusia sanggup melakukan perbuatan seperti berzina, merogol dan seumpamanya.
Menurut Muhd Nasruddin (2012:238), "Mereka yang telah berkahwin akan menyelamatkan separuh agamanya manakala jika dapat mengawal nafsu perut, bermakna mereka dapat mengawal seluruh agamanya." (Karya beliau: 100 Pesanan Terakhir Rasulullah).
Oleh hal yang demikian, perkahwinan membolehkan seseorang mengawal nafsu syahwat.
Kahwin itu sunnah Rasulullah SAW. Dari Anas r.a. katanya
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi
s.a.w. bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal
Nabi s.a.w. (ibadat).
Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan : "Saya
tidak akan mengahwini perempuan."
Yang lain mengatakan : "Saya tidak
akan memakan daging."
Yang lain mengatakan lagi"Saya tigak akan tidur
di atas hamparan (tikar)
(Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.)
Setelah Baginda SAW memuji Allah dan menyanjungNya,
Baginda SAW. bersabda : "Mengapa
ada beberapa orang mengatakan begini .... dan begini?" Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan mengahwini
perempuan. Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku maka orang itu tidak termasuk golonganku."
Hadis sahih riwayat
Muslim
Semoga kita diberi kekuatan untuk menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW dan terus istiqamah dalam melakukannya. In shaa Allah. Amiiin..
Apakah tanda-tanda wajib kahwin? Klik entri di sini .. Okay.. Scha bukan nak bagi ceramah agama.. Sebab ilmu agama Scha pun tak banyak.. Apa yang ada tu saja yang Scha dapat nak share.. Bila ramai sudah kawan-kawan, saudara mara dan orang-orang muda berkahwin.. Op kosh la datuk nenek pakcik makcik encik puan cikgu cikgi dan yang sewaktu dengannya akan bertanya soalan cepu emas berlian intan permata.. "Kau bila lagi?" Tu antara soalan atau kata-kata sindiran yang 'manis' setiap kali batch 20-an yang bujang cantek jelita hensem bergaya berkunjung ke rumah-rumah sedara mara atau menghadiri kenduri kahwen atau yang sewaktu dengannya. Scha bila? Haa.. Ni tuan punya diri tanya diri sendiri nih. Kalau tanya soalan macam tu kat scha.. Scha pun berfikir.. "Nak kawen.. Tak nak kawen.. Nak kawen.. Tak nak kawen.. Nak kawen.. Tak nak kawen.. Nak kawen.. @#$%^&^%$!" Berfikir jawapan.. Sampai bengang Scha dibuatnya. Itulah dia Kahwin Versus Tak Kahwin. Kasi bergaduh dulu dua-dua tuh.. Mana yang menang itu lah jawapan dia. Heheh.. Scha guraw jah lah.. Hmm.. Scha ni hamba Allah.. Macam korang sume jugak.. Ilmu Scha sikit sangat.. Apa lagi bila berkaitan dengan bab yang sudah ditetapkan Allah.. Urusan-urusan seperti jodoh, rezeki dan kematian tu kan hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Jadi, bila ditanya soalan sedemikian.. Scha cuma boleh jawab;
Jawapan-jawapan yang kadang-kadang orang lain rasa tak masuk dek akal.
Kan..? Kan..?
Hmm.. Baiklah..
"Takdak orang nak Scha"
Sebenarnya, jawapan Scha yang ini bermaksud:
"Belum sampai lagi orang yang dijodohkan ALLAH untuk jadi suami Scha"
Kalau Scha bagi jawapan macam tuh.. Janganlah buat andaian macamnih;
"Takdak orang nak kau? Ade je si Mr XXX yang nak kat hang. Hang je yang taknak kat dia." Scha BUKAN nak jual diri. (naudzubillahminzalik) Jadi, istilah "jual mahal" tu jangan disalahgunakan. Hati ini.. Allah SWT yang pegang. Allah boleh campakkan rasa sayang dan cinta dengan seseorang ke dalam hati Scha bila-bila masa sahaja. Kalau Scha tak berkenan, tak kan nak paksa kan? Kalau Scha nak jatuh cinta, biarlah jatuh cinta dengan seseorang yang AKAN menjadi suami Scha yang SAH yang Scha cintai kerana Allah SWT.
Scha pernah bercinta @ berkapel SATU kali.
Dulu tym zaman sekolah menengah, Scha tetapkan pendirian Scha TAK MAHU bercinta @ berkapel sebelum kahwin.
Scha minta Allah SWT tetapkan pendirian Scha dalam doa-doa Scha.
Tapi, mungkin sebab Scha yang kurang khusyuk dalam doa-doa Scha dan kekhilafan Scha sendiri.
Bukan Scha nak buka aib sendiri.
Scha cuma mahu menceritakan pengalaman Scha dan berharap ia dapat dijadikan pengajaran.
Bagi Scha,
TIADA keistimewaan percintaan SEBELUM kahwin nih..
Scha tak dapat rasa ketenangan. (Sebab buat benda berdosa kan..)
Bila Scha fikir "Scha mahu kahwin kah dengan orang yang tengah Scha kapel nih?"
Mula-mula tuh.. Scha fikir Scha NAK. Tapi, keputusan tuh dibuat pada awal perkenalan dengan si dia.
Makin lama.. makin terasa MASA TAK SESUAI untuk berkahwin.
Maksud Scha, kalau nak jalinkan hubungan dengan seseorang SEBELUM kahwin.. elok lah BERTUNANG dahulu. Semasa tempoh bertunang tuh lah berkenalan. Tapi jangan bertunang lama sangat.
Jangan kasi lama bah! Hehe..
Scha rasa Scha tak sesuai lagi nak kawin.
Bila rasa macam tu, nak bertunang pun sudah tentu rasa tak dapat kan?
Sebab Scha tanak bertunang lama-lama.
Lagi, sebab Scha lama lagi nak habis belajar.
Masing-masing MASIH BELAJAR.. Takkan scha nak bertunang lama-lama kan?
Bila tak dapat bertunang, dan sudah tentu jauh sekali untuk berkahwin..
Eloklah, hubungan kapel tuh dihentikan..
Kalau ada jodoh, Scha dekat
Bila suda pernah kapel sekali, TIDAK MAHU ulanginya lagi.
Cukup sekadar berkawan biasa.
Lagipun, berkapel nih tak elok.
Mudah-mudahan Allah tetapkan pendirian Scha. Amiiin.
Semua orang mahu kahwin.
(Yakah? Ada yang tak mahu kawin ka?)
Scha pun mahu.
Tapi, tak da la sampai terdesak sangat maw p kawin dengan orang sembarangan kan..
Scha MAHU kahwin dengan orang yang dipilih Allah untuk Scha.
Jodoh yang ditetapkan untuk Scha.
In shaa Allah. Amiiin.
Cemburu?
Scha langsung TIDAK cemburu dengan orang yang sampai jodoh awal.
Apa yang dapat Scha buat sekarang;
1. Perbaiki diri
2. Berdoa
Ada cadangan lain sebagai usaha untuk bertemu jodoh? Sebab, dua itu saja yang Scha mampu buat sekarang.
#note: Scha minta maaf dengan orang-orang yang telah Scha sakiti. MINTA MAAF banyak-banyak. Walaupun dengan maaf itu tidak dapat menghilangkan luka di hati.. Tapi itu sebagai salah satu langkah untuk Scha menjernihkan hubungan yang telah terjejas disebabkan kekhilafan diri masing-masing.
-- SALAM CINTA UNTUK ANDA --
.:: Cukuplah Allah SWT untukku ::.
Ditulis oleh;
--Ikhlaskan hati memberi komen
Klik di sini
2 Comment(s) |