
|
ATTENTION!
PESANAN CIKGU SYAHIDA
Bagi salam dulu. Assalamualaikum cikgu! Opps.. Senyum jangan lupe taw! Duduk elok2.. Cikgu tanak tengok sesape duk terbongkang, duk tertonggeng, mencangkung ke.. pendek kata.. bersopan santun wahai murid-murid sekalian. ![]() Masuk blog cikgu, kene lah pandai jaga. Jaga ape? Jaga diri, jaga mata, jaga hidung
(jangan pulak sampai hilang nafas dalam blog cikgu nih! hihi) jaga mulut (tak payah nak sebok kutuk2 cikgu, cukuplah bagi komen membina je) , jaga jari jemari tuh.. TAK BOLEH nak copy ayat2 cikgu sama ada secara lisan atau bertulis. HAK CIPTA TERPELIHARA Paham tak murid2? ![]() Peraturan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
**Layan korang macam anak murid sendiri.. Heheh.. Jangan marah na.. Scha tengah practice nak jd cikgu nih.. Doakan ye!!**
MeMo Cinta
#note: Kalau agak-agak tulisan blog Scha ni kecik, korang boleh lah ZOOM.. Maaf, Scha tak terer lagi bab coding blogskin.. (^_^)
Benci?
Dear haters, I really appreciate you to blogwalking here but IF you REALLY HATE sampai nak TERvomit..
Takot pulak TERvomit kat sini.. Kelam kabut nak cari butang exit, cepat-cepat klik Sini
Thank You so much for your cooperation.
Dear! Tengok sini!
STATUS HARI INI
04/09/2014 (Khamis)
| Nyawa Pergi, Nafas Terhenti Cikgu Syahida post entri ini pada Thursday, 19 December 2013 0 comments Budak-budak nakal minta cubit
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..
Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah SWT dan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.Super super duper senior ex-IPDA telah kembali ke rahmatullah pada 18 Disember 2013 (Rabu). Arwah merupakan bekas pelajar KDA PISMP Kohort Pertama jurusan Matematik bagi sesi tahun 2005-2010. Walaupun Scha tak kenal dia (tahun 2010 Scha baru saja masuk IPG untuk kursus PPISMP Sem 1), Scha nak buat entri pertama selepas blog Scha 90% siap ni khas untuk arwah senior Mohd Shahmi Bin Ibnu Murad. Semoga arwah tenang di persemadian. In shaa Allah. Amiiin Ya Rabb. Rakan-rakan yang membaca entri, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Al-Fatihah.
#note: Kalau Blog ni tak siap, Scha tak nak mengarang post walaupun idea nak taip entri tu melimpah-limpah ke ladang gandum. Heheh. Memang
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi untuk kembali kepada Sang Pencipta Allah SWT. Jangan meratapi pemergian orang yang kita sayangi tetapi hadiahkan doa-doa dan sedekahkan Al-Fatihah. Semoga orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita dipermudahkan Allah SWT untuk menghadapi alam yang baharu. Perkara yang paling penting ialah memandang musibah itu dari sudut yang positif. Ia juga suatu nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Allah SWT ingin memperingati kita untuk cek dan muhasabah diri, adakah kita berada dalam kalangan orang-orang yang bersedia untuk "pergi" seperti mereka yang telah mendahului kita. Adakah kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sama ada yang berlaku pada masa lalu atau dalam kehidupan seharian kita.
Cek diri, cek iman, cek taqwa,
cek amalan, cek ibadah, cek akhlak..
Sudahkah kita bersedia untuk dipanggil menghadap-NYA??
Kita manusia yang ZALIM. Manusia yang BERDOSA.
BERTAUBAT.
Jangan ditangguh lagi
KERANA kita tidak tahu bila kita akan mati.
TIDAK KISAH pun kalau nak mati.
Sebab, yang bernyawa itu sudah PASTI MATI.
Tetapi..
BAGAIMANA kita mati..
Itu yang harus kita risaukan.
Adakah Husnul Khatimah (kematian yang baik)?
Atau pun..
Su'ul Khatimah (kematian yang buruk)? Naudzubillahminzalik..
Scha tak pandai untuk berbicara berkaitan agama dengan lebih mendalam. Pengetahuan yang mungkin tak sampai pun saiz suku kuman, belum mampu untuk menggegarkan pemikiran insan-insan atau memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi lebih baik.
Sekadar untuk memberi sedikit pendapat dengan harapan dapat mengembalikan semula ingatan kita bahawa kita makhluk bernyawa yang akan menemui ajal. Itu suatu KEPASTIAN. Cuma bila, di mana, bagaimana dan kenapa yang menjadi sebab kepada kematian kita, hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.
In Shaa Allah. Amiiin Ya Rabb.
-- SALAM CINTA UNTUK ANDA --
.:: Cukuplah Allah SWT untukku ::.
Ditulis oleh;
--Ikhlaskan hati memberi komen
Klik di sini
0 Comment(s) |